CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 8, 2009

Nota Kelas Minggu 6 (26 Mei 2009) (Hjh Halimah Harun)

Aktiviti 1:
Kami dikehendaki menjawab soalan berikut diatas sehelai kertas A4.

* Nama dan no matrik
* MaAlamat tetap
* Major dan Minor
* Status diri
* Bilangan anak
* Kenapa menjadi guru
* Siapa guru yang disukai dan nyatakan sebab
* Siapa guru yang tidak disukai dan nyatakan sebab
* Apakah tugas seorang guru

Setelah selesai kami menjawab soalan kami diminta untuk melukis gambar pokok yang besar sehingga memenuhi ruang dan kemudian tandatangan di bahagian dalam pokok.


Aktiviti 2:

kemudian kami diminta membuat satu laporan mengenai satu tajuk yang telah dibentangkan semasa di Seminar Serantau secara berpasangan. Saya membuat laporan itu bersama sahabat saya Zatul Himmah dan kami telah memilih tajuk

* Pemberian tugas membuat peta pikiran untuk meningkatkan prestasi belajar siswa
pada pokok bahasan Termokimia di kelas XI SMA Negeri 12 Pekanbaru
* Dibentangkan oleh Abdullah
* Pada Sesi Selari 1D di Sri Mahang

Laporan berdasarkan:

* Kenapa?-pelajar menghadapi masalah memahami topik Termokimia

* Apa?-dengan mengaplikasikan teknik peta pikiran (peta minda) dalam topik Termokimia menggunakan kaedah Buzan

* Bagaimana?-Pelajar dibahagikan kepada 2 sampel iaitu kawalan dan eksperimen.Untuk kawalan, pelajar diajar seperti biasa dan diakhir kelas tidak perlu membuat peta pikiran. Untuk eksperimen, pelajar diajar seperti biasa dan diakhir kelas pelajar disuruh membuat peta pikiran untuk melihat pemahaman mereka.

Selepas beberapa kumpulan melaporkan tajuk mereka, Hjh Halimah menerangkan bahawa tidak semua tajuk yang dibentangkan adalah kajian tindakan. Saya mendapati tajuk yang kami pilih adalah satu kajian eksperimental.

Aktiviti 3:

Aktiviti ketiga pula dilakukan secara berkumpulan yang mana setiap kumpulan perlu ada 5 orang ahli dan setiap ahli kumpulan perlulah berlainan jantina, kaum dan major. Antara ahli kumpulan saya ialah:

1. Azwani binti Ariff
2. Fadilah binti Mahabob
3. Mohd Fa'izi bin Basar
4. Noraini binti Merah Husin
5. Zatul Himmah binti Samsudin

Tajuk kertas cadangan kami:
Meningkatkan penglibatan pelajar lelaki Melayu dalam sukan bola keranjang dengan menggunakan kaedah 3 on 3

Hasil kerja perlulah dihantar pada hari Jumaat 22/5/2009 sebelumjam 5pm.

1 comments:

walldaoberlies said...

Titanium Bike Frame Replacement - The Titanium
Replacement of the titanium shift knob titanium bike frame. We've created a custom stainless steel bicycle titanium bicycle frame that titanium hair straightener fits the best fit 1xbet app for any titanium nitride gun coating type of bike.