CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

Refleksi Kuliah Minggu Ke 2 (27 April 2oo9)


Reka Bentuk Kajian

  • Minggu ini belajar mengenai reka bentuk kajian. Terdapat banyak banyak jenis reka bentuk kajian yang melibatkan berbagai jenis linkungan yang mana di dalam setiap linkungan akan mencakupi REFLEKSI - MERANCANG - BERTINDAK - MEMERHATI.
  • Linkungan akan terus berlingkar sehingga matlamat dan objektif yang ingin di capai dalam sesuatu isu kajian tindakan tercapai.
Cara menjalankan proses kajian tindakan
  • Refleksi keatas sesuatu masalah (fokus kepada satu isu)
  • Menyenaraikan penambahbaikkan yang perlu dilakukan
  • Merancang pelan tindakan untuk melakukan penambaikkan
  1. Matlamat (umum)
  2. Senaraikan objektif
  • Pelan tindakan
  1. Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil
  2. Merancang bagaimana untuk mengumpul data
  3. Bagaimana cara untuk memantau apa yang dirancang dilaksanakan
  4. Bagaimana cara untuk menilai sama ada apa yang telah dirancang dan dilaksanakan itu tercapai

Aktiviti 2 (Berkumpulan) 27 April 2009


Masalah

  • KELEMAHAN PELAJAR DALAM PENGUASAAN PENULISAN DAN PEMBACAAN JAWI

Penambahbaikkan

  • Murid dapat membaca tulisan jawi dengan betul dan lancar
  • Murid dapat menulis dalam tulisan jawi dengan betul
  • Murid boleh membaca tanpa menggunakan baris
  • Murid boleh mengaplikasikan tulisan jawi dalam proses pembelajaran dan ketika menjawab soalan peperiksaan

Srategi
  • Melanggan dan membaca surat khabar atau artikel tulisan jawi serta membuat ulasan ringkas pada pembacaan
  • Mencari dan mengumpul artikel dalam tulisan jawi
  • Guru memilih secara rawak untuk pelajar membaca dalam tulisan jawi
  • Banyakkan aktiviti yang melibatkan murid menggunakan tulisan jawi
  • Membuat nota dalam tulisan jawi
  • Mereka pantun dan sajak dalam tulisan jawi
  • Mengadakan pertandingan penulisan khat jawi
  • Guru memberi imbuhan atau ganjaran kepada pelajar yang berjaya menguasai tulisan jawi

Aktiviti 1 (Individu) 27 April 2009


Aktiviti 1 (Individu)

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, refkelsi ke atas masalah dalam diri.

Refleksi

Aktiviti LDK mengenai "Tengkolok saya" saya salah seorang yang meemakai tengkolok yang bertulis "ketawakan saya" masa menjadi insan trepilih tu memang saya rasa kecut perut kerana takut untuk berhadapan dengan orang yang mana saya menghadapi masalah komunikasi dengan orang dalam keadaan yang ramai. Kemudian apabila diberikan tajuk yang meminta saya bercakap dan mengeluarkan idea secara spontan membuatkan saya tidak dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Seolah-olah saya rasa semua idea saya lari meninggalkan saya. Fikiran saya kosong yang tinggal hanya point-point utama yang saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya nak saya kembangkannya. Sehingga kini masalah seperti ini tak dapat saya perbaiki.. Mungkin dengan teknik kajian tindakan ini saya dapat merancang bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Insya-Allah... are-ein.

Masalah

Kurang keyakinan untuk berkomunikasi dan mengemukakan idea secara spontan dan bernas

Penambahbaikkan

  • Perlu banyakkan pembacaan
  • Meningkatkan daya imaginasi
  • Menguatkan daya ingatan
  • Memupuk sifat berani di dalam diri sendiri
  • Mampu mengeluarkan idea yang bernas

Matlamat


  • Membentuk diri agar lebih berkeyakinan
  • Mampu mengemukakan idea secara spontan tanpa ragu-ragu
  • Mampu memberi pandangan sendiri

Objektif

  • Memproses maklumat yang sedia ada dengan cepat agar dapat memberikan jawapan yang tepat pada soalan yang diajukan pada diri
  • Dapat menghuraikan sesuatu maklumat yang diperolehi dengan mengembangkan idea-idea yang diperolehi


Pelan Tindakan
Langkah-langkah

  • Membudayakan sifat suka membaca (memperbanyakkan pembacaan ilmu pengetahuan)
  • Memberanikan diri untuk menampilkan diri dan suka bersifat relahati

Mengumpul data melalui

  • Jawapan yang diberikan ketika diminta memberikan pendapat
  • Berkomunikasi dan melakukan perbincangan dengan rakan-rakan dan minta rakan memberikan pandangan mengenai pandangan yang diberikan samaada bernas ataupun tidak
  • Ketika menjawab soalan spontan yang diberikan oleh Pensyarah di dalam kelas
  • Cara membentangkan kertas kerja kepada orang lain, melihat cara komunikasi dan cara menghuraikan sesuatu maklumat yang disampaikan
  • Meminta orang lain menilai setiap pendapat dan idea yang diberikan

Memantau

  • Melihat sejauhmana keberkesanannya dalam linkungan pusingan kehidupan seharian saya.
  • Melihat sejauhmana bernasnya jawapan yang saya berikan kepada kawan-kawan ketika membuat perbincangan
  • Melihat samaada diri saya boleh menjawab soalan yang diberikan oleh Pensyarah dengan baik dan penuh keyakinan ataupun tidak.

Menilai


  • Menerangkan pada orang lain, apa yang saya faham dalam sesuatu pembacaan saya samaada penerangan saya itu boleh difahami oleh orang lain ataupun tidak
  • Jika orang lain boleh faham apa yang saya terangkan maksudnya saya telah berjaya.
  • Mengemukakan idea ketika diminta dan bersikap terbuka serta relahati tanpa paksaan
  • Ketika membentangkan kertas kerja saya tidak lagi gementar dan boleh menjawab soalan-soaaln yang diajukan dengan jawapan yang relevan

Sunday, April 26, 2009

Buku Action Reserch Untuk Tugasan Ulasan Buku


Saya telah memilih buku ini sebagai buku untuk saya sempurnakan tugasan mengulas buku. Buku yang saya buat pilihan adalah buku


Tajuk: Doing Action Research A Guide for School Support Staff

Pengarang: Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser

Tahun Penerbitan: 2006

Penerbit: Paul Chapment Publishing, A SAGE Publishing Company

Tempat: London


Thursday, April 23, 2009

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan / M1 (20 April 2009)


KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Pengertian Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baharu. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)


  1. Konsep Kajian Tindakan
- Kajian Tindakan adalah proses dimana melakukan penyelidikan untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah, mengatasi masalah dan memperbaikinya berdasarkan data dan meklumat yang dikumpul dan diperolehi.

-Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses cara bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan mengumpulkan serta menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pengetahuannya keatas perkara yang diselidikinya.

-Proses Kajian dijalankan secara umumnya adalah:

  1. Kenalpasti masalah
  2. Membuat kajian kepustakaan
  3. Menentukan pendekatan kajian
  4. melaporkan kajian
  5. membincangkan dapatan dan implikasi kajian
  6. mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembang pengetahuan yangsedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah yang timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan yang berlaku.

Contohnya;
Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanannya dalam mengajar, ketika mengajar juga guru boleh melakukan kajian dengan melihat respon pelajar pada satu-satu teknik pengajaran yang digunakannya dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar untuk menarik minat dan fokus mereka. Maka, guru boleh memilih teknik-teknik yang pelajar minat untuk belajar dalam proses pengajaran (P&P).


2. Jenis-jenis kajian tindakan

4 Jenis Kajian Tindakan
  • Kajian tindakan oleh guru secara individu
- Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu yang berlaku di
dalam bilik darjah.
contoh;
mendapatkan penyelesaian bagaimana cara untuk mengatasi masalah pelajar yang
kurang memberikan fokus didalam bilik darjah dan mengatur strategi pengajaran yang
berkesan.

  • Kajian Tindakan Kolaboratif
- Melibatkan lebih daripada dua orang

> guru - guru dalam bidang yang sama
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam membuat kajian mengenai cara pengajaran yang berkesan
untuk mengajar murid-murid membaca al-Qur'an dengan baik.

Kaedah kajian
- menggunakan pelbagai teknik seperti bacaan secara individu, bacaan secara berkumpulan,
dan bertadarrus.

> guru - guru dalam pelbagai subjek
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab membuat kajian untuk mengenalpasti
kelemahan pelajar untuk membaca tulisan jawi.

Kaedah kajian
- Membezakan tahap pencapaiaan pelajar membaca tulisan jawi yang berbaris dengan tidak
berbaris

> guru - guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
contohnya;
Membuat peneylidikan mengenai bagaimana untuk mengadakan terapi yang sesuai bagi murid-murid Pendidikan khas.

Kaedah kajian
-Menggunakan beberapa kaedah terapi yang sesuai untuk digunakan kepada murid-murid Pendidikan Khas.

  • Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi)
- Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah
contoh: Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum

  • Kajian Tindakan Peringkat Daerah
- Fokus kepada situasi yang sama di kalangan beberapa sekolah diperingkat daerah



Contoh: Masalah salahlaku pelajar disekolah seperti ponteng sekolah. menegnalpasti punca pelajar suka ponteng sekolah, diantara faktor pihak sekolah ataupun ahli keluarga.