CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 24, 2009

Tugasan Tiga - (Perbandingan Artikel Journal)

MELAKUKAN PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, DAN PENGSISTESISAN DARI SEGI SAMPEL, SETTING, PROSUDER KAJIAN TINDAKAN, PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA YANG DILAKUKAN OLEH PENULIS ARTIKEL


ARTIKEL


1. Menarik Minat Pelajar Lelaki yang Lemah; Meningkatkan Persekitaran Pengajaran menggunakan kelebihan fizikal (strength-based learning) di kalangan pelajar lelaki peringkat Sekolah Menengah (Oleh; Mary Ann Clark, Ph.D.,is an associate professor with the Department of Counselor Education, University of Florida, Gainesville. E-mail: maclark@coe.ufl.edu Kelly Flower is a school counselor with the School Board of Alachua County, FL. Jonathan Walton, M.Ed., Ed.S., is with Frederick County Public Schools, MD. Erin Oakley is a doctoral student at the University of Florida, Gainesville)


  1. Kesan Penggunaan Gambar & (sebarang bentuk bantuan yang boleh meningkatkan kefahaman pelajar) dalam Penulisan Pelajar Tadika (pelajar di peringkat awal): Kajian Tindakan oleh Pelajar Siswazah di Universiti State California, Northridge (Oleh; Marilyn Joshua California State University, Northridge With William E. Andrade, Sara Garber-Budzyn, Victoria Greene, Elana Hassan, Nicole M. Jones, Lisa Palinigiano, Magdalena Romero-Horowitz, Violet Rostami, and Suzanne Valentine)

  1. Eksplorasi Kajian Tindakan Dalam Pengintegrasian Pemilihan Pelajar dan Aktiviti Seni Dalam Kelas Tahun 6 Pengajian Sosial (Oleh; Courtney Kosky, West Virginia University Reagan Curtis, West Virginia University)


FOKUS KAJIAN


Menentukan fokus kajian yang ingin dijalankan.

1. Artikel pertama menyatakan bahawa kajian yang dijalankan adalah untuk mengatur strategi bagi pihak guru kaunselor sekolah untuk membantu pelajar-pelajar lelaki di sekolah menengah untuk meningkatkan tahap kefahaman pembelajaran dan menggalakkan sikap positif mereka dalam pencapaian akademik dan perancangan masa depan.



2. Artikel kedua adalah kajian mengenai keberkesanan apabila guru menggunakan kaedah gambar untuk membantu pelajar-pelajar tadika membuat penulisan dengan baik. Melihat sejauhmana keberkesanannya dapat membantu pelajar tadika dan pelajar yang menggunakan dua bahasa dalam proses pembelajaran mereka serta kanak-kanak yang masih kecil.



3. Artikel ketiga menerangkan mengenai perubahan pelajar-pelajar sains sosial yang membuat pilihan untuk melakukan aktiviti kesenian di dalam proses pembelajaran. Matlamat utama projek ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajian mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah yang menggabungkan ‘Multipele Teori Kecerdasan’. Menggunakan kaedah aktiviti kesenian dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar dan meningkatkan motivasi pelajar serta keberkesanan dalam pelajaran.



SAMPEL


1. Artikel 1



· Pelajar lelaki di peringkat sekolah menengah




2. Artikel 2



· 165 Orang pelajar tadika (83 orang pelajar lelaki dan 82 orang pelajar perempuan)

· Pelajar yang menggunakan bahasa kedua dalam pembelajaran



3. Artikel 3



· Pelajar-pelajar sekolah di kelas Sains Sosial

· 650 orang murid tahap 6 hingga 8



Huraian

Sampel kajian yang digunakan oleh dalam artikel pertama, kedua dan ketiga adalah baik kerana bersesuaian dengan fokus kajian yang dijalankan.


PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, DAN PENGSISTESISAN

Persamaan bagi ketiga-tiga artikel ini menggunakan sampel pelajar sekolah. Bezanya hanyalah artikel pertama menggunakan sampel pelajar-pelajar di sekolah menengah , artikel kedua menggunakan sampel pelajar di sekolah tadika manakala artikel ketiga menggunakan sampel dari pelajar-pelajar di kelas sains sosial sahaja.



SETTING (KEDUDUKAN KAJIAN)


1. Artikel 1


· Kajian dijalankan di dalam bilik darjah dan di kawasan sekolah

· Pusat Media Sekolah



2. Artikel 2


· Sekolah tadika



3. Artikel 3


· Sekolah

· Di dalam bilik darjah

· Ketika proses pengajaran dilakukan / waktu persekolahan



Huraian


Setting kajian juga disebut didalam ketiga-tiga artikel ini, walaupun dalam artikel pertama tidak menerangkannya secara khusus.


PERBANDINGAN ( PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ), PENGANALISISAN, PENILAIAN, PERUMUSAN, DAN PENGSISTESISAN

Kajian yang dilakukan berdasarkan ketiga-tiga artikel ini , pengkaji-pengkaji membuat kajian di sekolah dan disekitar kawasan sekolah sahaja. Apa yang dapat dilihat disini pengkaji lebih memberi fokus untuk mengkaji bagi melakukan penambahbaikkan tahap pencapaian pelajar disekolah dari sudut akademik khususnya
.

PROSUDER KAJIAN


1. Artikel 1



a) Mengenal pasti masalah yang mana tahap pencapaian yang lemah dikalangan pelajar lelaki


b) Fokus kajian mengenai meningkatkan tahap kefahaman pembelajaran dan menggalakkan sikap positif mereka dalam pencapaian akademik dan perancangan masa depan.


c) Memahami dengan jelas punca berlakunya masalah


d) Mengumpulkan data


e) Menganalisis data


f) Melakukan tindakan setelah mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah (motivasi secara berkumpulan)


g) Melakukan perubahan


h) Melihat kesan perubahan yang berlaku


i) Merefleksi atau menilai dan mengamalkan secara berterusan



  1. Artikel 2

a) Merancang untuk menjalankan satu kajian yang mana menilai samaada gambar dapat mempengaruhi penulisan kanak-kanak.

b) Fokus kajian yang ingin dijalankan

c) Membuat hipotesis sama ada menggunakan gambar ataupun lisan

d) Bertindak mengikut perancangan (contoh; menggunakan gambar buah strawberi sebagai bahan)

e) Melihat perubahan yang berlaku berkesan ataupun tidak

f) Refleksi dan penilaian semula


  1. Artikel 3

a) Merancang dan memberi fokus kepada kajian yang ingin dijalankan

b) Mengumpulkan data

c) Menganalisis data

d) Bertindak melakukan perubahan

e) Melihat perubahan yang dilakukan itu berkesan ataupun tidak

f) Membuat refleksi dan penilaian semula


Huraian

Prosuder kajian yang dijalankan didalam ketiga-tiga artikel ini kurang jelas dan tidak diterangkan secara khusus apakah prosuder kajian tindakan yang digunakan oleh penulis artikel. Walaupun dalam artikel kedua ada menerangkan tajuk prosuder kajian tapi saya tak dapat memahami prosuder kajian tindakan yang digunakan. Saya menilai prosuder kajian ketiga-tiga artikel ini mengikut tahap perkembangan kajian tinadakan yang dijalankan.



PENGUMPULAN DATA


1. Artikel 1



· Pencapaian akademik pelajar

· Teknik temubual

· Perkongsian maklumat diantara guru dan pelajar yang mana pelajar menceritakan masalah mereka dan apa keperluan sebenar yang mereka inginkan

· Teknik Pemerhatian



2. Artikel 2


· Mengira dan menjumlahkan bilangan perkataan yang ditulis oleh pelajar

· Peperiksaan melalui penulisan pelajar



3. Artikel 3


. Teknik pemerhatian


· Pelbagai sumber yang digunakan dalam proses pengumpulan data. Guru mengumpul data ketika proses pengajaran berlaku yang mana guru mengajar dan melakukan perubahan.


· Teknik perbualan secara tidak langsung


· Nota-nota harian yang juga turut dijadikan sebagai rujukan


· Kaji selidik mengenai sikap pelajar dari mula hingga berakhirnya projek kajian tindakan


· Meminta pelajar memberi respon kepada pengajaran selepas sesi pengajaran tamat dengan memberikan pelajar skala 1 hingga 10. Di sini pelajar akan menyatakan tahap bagi sesi pengajaran tersebut


· Pelajar juga diminta untuk memberi maklum balas secara bertulis mengenai teknik pengajaran yang digunakan oleh guru atau kegiatan aktiviti yang dijalankan dalam pembelajaran samaada mereka berminat ataupun tidak



Huraian


Jika dibuat perbandingan diantara ketiga-tiga artikel ini hanya artikel yang ketiga sahaja menyebut cara pengumpulan data yang digunakan oleh penulis, artikel pertama dan kedua tidak menerangkan secara terperinci dan jelas bagaimana cara pengumpulan data. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam artikel ketiga amat baik dan saya mudah untuk memahami teknik yang digunakannya.



PENGANALISISAN DATA


1. Artikel 1


· Menggunakan pendekatan secara langsung untuk menaksir pelajar, menganalisis data dengan kuantitatif dan kualitatif.

· Melihat perbezaan yang ditonjolkan oleh pelajar selepas setiap sesi berkumpulan dijalankan selama 12 sesi.


  1. Artikel 2

· Penulisan kanak-kanak telah digunakan :peringkat coretan, menconteng, surat olok-olok, malabelkan gambar, menggunakan huruf pertama perkataan, menggunakan tengah bunyi dan sebagainya. Kemudian, kertas-kertas ini dianalisis untuk menentukan peringkat ejaan pelajar

· Menganalisis data menggunakan graf

· Dan penerangan diberikan berdasarkan perbezaan peratusan yang diperolehi berdasarkan graf

· Melihat perbezaan peratusan yang berubah-ubah dari fasa 1 dan fasa 2 melihat perbezaan peratusan antara pelajar yang menulis apabila menerima arahan melalui lisan dan gambar atau menulis dengan menerima arahan lisan guru sahaja.


  1. Artikel 3

· Analisis data adalah proses yang dilakukan secara berterusan sepanjang kajian dijalankan

· Melalui pengajaran harian yang diajar dan data yang terkumpul dengan ini guru merancang pengajaran seterusnya.

· Input daripada pelajar amat bernilai sebagai panduan bagi meningkatkan pengajaran bagi menarik minat pelajar untuk pengajaran seterusnya.

· Komen daripada pelajar samaada mereka berminat ataupun tidak dengan kegiatan atau tugasan yang diberikan oleh guru mempengaruhi samaada teknik yang sama boleh digunakan ataupun tidak. Jika penyertaan pelajar rendah dalam kegitan atau aktiviti yang dijalankan maka, teknik pengajaran itu akan disingkirkan daripada pelan pengajaran berikutnya dan begitulah sebaliknya.


Huraian

Bahagian menganalisis data yang digunakan diberitahu di dalam artikel hanya rtikel pertama penganalisisan datanya tidak diterangkan dengan jelas sebagaimana yang diterangkan dalam artikel kedua dan ketiga. Begitu juga didalam bahagian menganalisis bagi pendapat saya artikel ketiga menjelas dan menerangkan dengan jelas teknik penulis menganalisis data yang diperolehi.


HASIL KAJIAN / RUMUSAN KAJIAN


  1. Artikel 1

· Keputusan secara keseluruhannya adalah positif. Kehadiran pelajar-pelajar sebagai peserta program pada setiap minggu adalah menunjukkan prestasi yang baik. Respon yang positif diberikan oleh pelajar-pelajar lelaki terbabit untuk meningkatkan pencapaian akademik dan mereka menyatakan lebih memberi perhatian pada kepentingan untuk mencorak masa depan mereka.

· Semasa sesi terakhir pelajar-pelajar lelaki yang terlibat telah membina matlamat masa depan dan wawasan dalam diri mereka untuk jangka masa 10 tahun akan datang. Merka mempunyai kekuatan dari berbagai aspek termasuk isu-isu seperti organisasi, menulis, kemahiran pembelajran, pengurusan masa, tanggungjawab dan kerjasama berkumpulan.


  1. Artikel 2

· Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan terdapay satu penambaikkan yang kecil dalam kualiti penulisan kanak-kanak apabila menggunakan gambar. Namun, tidak ada perbezaan yang besar berlaku dalam kualiti menulis walaupun tanpa menggunakan gambar.

· Implikasinya pula adalah, walaupun gambar boleh memberikan konteks dan maklumat dasar kepada kanak-kanak kecil menulis, kajian ini menunjukkan bahawa arahan menggunakan gambar mungkin menghalang kreativiti kanak-kanak untuk menulis kepada pelajar yang mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris. Gambar mungkin akan menghalang kreativiti mereka dalam lukisan dan perkembangan penulisan.


  1. Artikel 3

· Hasil daripada teknik gabungan aktiviti kesenian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan dalam menarik minat pelajar untuk belajar dan menagmbil bahagian dalam sesi pengajaran. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar itu menunjukkan pencapaian gred yang lebih tinggi semasa pelaksanaan penyelidikan tindakan ini. Purata peningkatan prestasi pelajar secara menyeluruh sebelum dan selepas kajian adalah menunjukkan peningkatan daripada 90.6% dan 89.0% meningkat ke 92.4% kedua-duanya.

· Aspek penting kajian adalah hubungan komunikasi antara guru dan pelajar. Jika pelajar tidak boleh menerima cara pengajaran guru mereka boleh untuk bercerita dan berkongsi idea dengan guru.


HURAIAN KESELURUHAN


Secara keseluruhannya konsep kajian ketiga-tiga artikel ini membincangkan dan menfokuskan pada topic-topik yang menarik. Walaupun ketiga-tiga artikel ini memperolehi hasil kajian yang positif namun artikel yang paling berkesan adalah dalam kajianEksplorasi Kajian Tindakan Dalam Pengintegrasian Pemilihan Pelajar dan Aktiviti Seni Dalam Kelas Tahun 6 Pengajian Sosial’ dan diikuti kajian ‘Menarik Minat Pelajar Lelaki yang Lemah; Meningkatkan Persekitaran Pengajaran menggunakan kelebihan fizikal (strength-based learning) di kalangan pelajar lelaki peringkat Sekolah Menengah’. Walaupun artikel kedua juga berjaya dalam kajian yang dilakukan namun terdapat kelemahan yang dikenalpasti kesan dari kajian tersebut.

0 comments: