CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 7, 2009

Refleksi Kuliah Minggu Ke 3 (4 April 2oo9)

Pengurusan Perubahan Dalam Pendidikan

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan

  • Perubahan dalam pendidikan --> Tidak dapat dielakkan
  • Perubahan berlaku kadangkala tidak mewujudkan ketidakpastian
  • Ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika ia berlaku akan meruntuhkan masa depan generasi muda
Jenis-jenis perubahan

  • Perubahan ke arah peningkatan
  • Perubahan strategi organisasi
  • Perubahan reaktif
  • Perubahan akibat daripada jangkaan
Perubahan adalah kompleks

  1. Proses evolusi : Perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang
- Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status que

2. Proses revolusi : Perubahan yang pantas

- Perubahan yang akan meningkatkan kesan yang membinasakan

Perubahan itu Multidimensi

-Perubahan yang diadakan akan melibatkan pelbagai pertimbangan
-Untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan

6 Dimensi

  1. Tujuan Perubahan
  • Mencapai tujuan-tujuan tertentu
  • Mengadakan penambaikkan terhadap sesuatu keadaan atau sistem
  • Perubahan dalam sistem yang sedia ada ada 2 jenis pindaan:
i. Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan
ii. Mempertingkatkan pencapaian atau keadaan sistem itu tanpa mengubahnya

2. Unit Perubahan
  • Merujuk fokus utama pada sesuatu perubahan yang dirancang
  • Unit-unit perubahan:
i. individu
ii. Kumpulan/Pasukan
iii. Jabatan
iv. Organisasi
v. Sistem organisasi
vi. Komuniti

  • Unit yang kecil akan beranjak ke unit yang besar (individu-->organisasi)
3. Sifat Perubahan
  • Perubahan pada unit yang lebih besar , perubahan unit yang lebih kecil. Mengubah sikap dan tingkahlaku
4. Magnitud Perubahan
  • Sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplementasikan
  • Perubahan yang komprehensif, sistematik dan dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar
  • Chambers (1977) perubahan dlm skala yang besar akan memberi hasilan yang menarik tetapi sukar diimplementasikan.
  • Perubahan dalam skala kecil adalah lebih mudah diimplementasikan tetapi tidak menunjukkan impak yang signifikan
5. Skop Perubahan
  • Sejauhmana penambahbaikkan atau inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian
6. Jangkamasa Perubahan
  • Perubahan yang kekal merupakan perubahan yang berjaya diimplementasikan berbanding perubahan yang sementara
  • Kottler(2001) 3 jenis perubahan
1 - perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam. sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput

2 - Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
3 - Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal


Model-model perubahan

  1. Model Penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

0 comments: