CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 23, 2009

Tugasan Dua - ULASAN BUKU




Saya telah memilih buku ini sebagai buku untuk saya sempurnakan tugasan mengulas buku. Buku yang saya buat pilihan adalah buku


Tajuk: Doing Action Research A Guide for School Support Staff

Pengarang: Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser

Tahun Penerbitan: 2006

Penerbit: Paul Chapment Publishing, A SAGE Publishing Company

Tempat: London


KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan adalah alat yang paling berkesan untuk melakukan perubahan kearah kebaikkan dan meningkatkan tahap pencapaian seseorang atau sesuatu perkara. (Cohen et al., 2000)

Kajian tindakan adalah satu yang praktikal, ia merupakan satu kaedah yang mempunyai kitaran dan menyelesaikan masalah secara natural. Untuk memperolehi kesan perubahan yang berkesan kaedah penyelidikan adalah kaedah yang ideal, oleh sebab itu penyelidikan merupakan agen perubahan yang berkesan dan fleksibel. (Gray, 2004)

Kajian tindakan adalah model dalam penggunaan bidang yang luas dan ianya boleh membawa keluar individu atau kumpulan , situasi di dalam kelas, department dan sekolah. Cohen et al.(2000) mencadangkan menyenaraikan cara berkesan yang sesuai di aplikasikan dalam pendidikan seperti perubahan dari segi pembelajaran dan teknik pengajaran, memperbaiki tingkah laku pelajar dan menambahbaikkan kecekapan pihak pengurusan sekolah. Mereka mencadangkan metod kajian tindakan digunakan untuk menambaikkan meningkatkan golongan yang professional, kesedaran kita pada persekitaran tempat bekerja dan motivasi diri dan memerlukan untuk melakukan refleksi.

Buku ini menerangkan bahawa kajian tindakan adalah satu alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu perubahan daripada negative kepada positif atau mempertingkatkan keupayaan sesuatu situasi yang dikenalpasti untuk melakukan penambahbaikkan. Contohnya seperti mengaplikasikan teknik yang berkesan disekolah bagi mempertingkatkan kemajuan dan prestasi akademik dan sosial serta fizikal pelajar di sekolah.


MENGAPA GURU PERLU BUAT KAJIAN TINDAKAN


Profesion pendidikan adalah berkait rapat dengan penyelidikan yang merupakan sebahagian daripada rutin harian bekerja di sekolah. Samaada menggunakan internet untuk mencari maklumat semasa untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru di dalam kelas, memantau perkembangan anak-anak murid serta mencari sebab jalan penyelesaian apabila berlaku sifat dan kelakuan tertentu atau menganalisis untuk penilaian semula

Terdapat tiga perkara yang mengapa guru perlu membuat kajian tindakan:

1. Untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran

Guru perlu mencari sebab mengapa wujud permasalahan yang berlaku didalam kelas seperti masalah murid yang tidak memberikan perhatian ketika guru mengajar, tidur didalam kelas, main, tidak masuk kelas dan sebagainya. Inilah pentingnya guru melakukan kajian tindakan bagi memperbaiki dan menyelesaikan masalah. Jika kajian yang dijalankan berhasil menemui jalan keluar dan diaplikasikan maka disini guru telah berjaya meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

2. Untuk Mewujudkan teori baru

Ketika memberi fokus bagaimana dan kenapa latihan pendidikan boleh dipertingkatkan adalah amat penting, bukanlah semata-mata hanya untuk satu sebab bagi menarik hati guru umtuk melakukan penyelidikan. Mcniff dan Whitehead (2005) menerangkan bahawa kajian tindakan merupakan tindakan khusus pusat yang membolehkan guru untuk melibatkan diri dalam mewujudkan teori-teori baru untuk mmempertingkatkan cara pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di sekolah.

Melalui kajian yang dilakukan guru dapat mencari dan mengaplikasikan teknik ataupun teori-teori baru yang mana dapat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Untuk memudahkan pembangunan yang reflektif seperti golongan yang professional

Faedah menggunakan alat yang mana pemimpin melakukan peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan teori dalam proses penyelidikan adalah alat yang tidak ternilai untuk membangunkan latihan yang reflektif. Konsep ini adalah ‘latihan reflektif’ dalam linkungan tempat bekerja.(Schon, 1983; 1987 dan Brockbank et al. 2002).


REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Model

Buku ini menggunakan model Lewin iaitu yang melibatkan berbagai jenis kitaran yang mana di dalam setiap kitaran akan mencakupi aspek :


MERANCANG ---> BERTINDAK ---> MEMANTAU ---> REFLEKSI

Merancang


Refleksi Bertindak


Memantau

Kitaran akan terus berputar sehingga matlamat dan objektif yang ingin di capai dalam sesuatu isu kajian tindakan tercapai dan melakukan perubahan mengikut keputusan kajian yang diperolehi

Merancang, Bertindak, Memantau dan Refleksi

Perancangan perlu dilakukan sebelum memulakan satu projek kajian tindakan. Perancangan yang dilakukan perlu tersusun dan teratur dengan baik. Penyelidik perlu menyenaraikan untuk memilih foius kajian tindakan. Apa yang penting adalah penyelidik perlu memastikan beliau dapat mengawal keeadaan dan persekitaran untuk menjalankan kajian tindakan. Apa yang perlu oleh penyelidik ialah mengenalpasti masalah, mencari punca masalah atau kenyataan untuk menerangkan masalah yang berlaku, mencari jalan penyelesaian dan bertindak serta menilai hasil kajian dan tindakan yang perlu dilakukan.

Keseluruhan kitaran kajian tindakan mungkin dijalankan di dalam latihan kajian tindakan. Fokus penyelidikan perlu dilakukan, dan peringkat seterusnya adalah untuk menetapkan apakah jenis tindakan bagi memulakan kajian dan bagaimana cara mengambil data yang berkaitan dengan tindakan yang akan dilakukan. Pengumpulan data, contohnya mungkin melibatkan perkara-perkara seperti temuduga, pemerhatian, rakaman video dan menganalis maklumat. Panduan dalam pemilihan bahan untuk pengumpulan data itu mesti bertepatan dengan tujuan dan bahan untuk mengumpulkan data mestilah sesuai.

Selepas bertindak, memantau dan menganalisis daripada kesan yang diperolehi, mengikut refleksi dan penilaian diatas perubahan yang berlaku. Kitaran kajian tindakan adalah sempurna dan mungkin akan bermula semula, kitaran ini akan terus berkitar dan berpusing sehingga penyelidik dapat mencari jalan keluar dan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul.

Sampel

Buku ini tidak ada menerangkan mengenai sampel kajian secara khusus tetapi hanya menerangkannya secara umum berkaitan dengan sampel kajian yang mana ia perlulah ada kaitan dan bersesuaian dengan fokus kajian yang ingin dijalankan. Walaubagaimanapun, buku ini ada memberikan beberapa contoh kajian yang dilakukan oleh pembantu pengajar di sekolah. Jika dilihat dalam kajian yang dilakukan contohnya, Sandra telah melakukan satu kajian bagi membantu meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak, sampel kajian yang digunakan oleh Sandra dalam kajiannya adalah kanak-kanak yang kurang stamina dan tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti fizikal.


Kedudukan Kajian (Setting Kajian)

Buku ini ada menerangkan bahawa apabila ingin melakukan kajian tindakan maka pengkaji perlu membuat pemilihan tempat, masa, cuaca, keadaan persekitaran yang bersesuaian dengan fokus kajian yang ingin dijalankan, mempunyai kemudahan untuk berurusan dengan pihak-pihak yang terbabit. Contohnya, seperti sekolah. Namun, kedudukan kajian secara terperinci tidak diterangkan didalam buku ini.


PROSUDER KAJIAN TINDAKAN


Prosuder kajian yang terdapat didalam buku ini adalah:

a) Kenalpasti perkara atau masalah yang ingin dikaji serta perubahan yang perlu dilakukan

b) Lakukan perubahan

c) Lihat pada kesan perubahan

d) Merancang semula/ melakukan pengubahsuaian perubahan

e) Ulang semula

f) Membuat refleksi dan mengamalkan secara berterusan


PENGUMPULAN DATA


Pengkaji perlu menentukan focus pada projek kajian tindakan yang hendak dilakukan. Pada peringkat kedua adalah mengenalpasti data dan maklumat yang diperlukan. Contohnya, mengumpulkan data sebelum memulakan sesuatu projek dan mengesahkan tempat penyelidikan juga adalah sebahagian daripada proses diagnostik. Ketika menjalankan kajian tindakan, pengkaji perlu mengumpulkan maklumat selagimana pusingan dalam kajian berlaku. Pengkaji juga perlu untuk menganalisis dan menggunakan maklumat untuk melakukan tindakan seterusnya tanpa menghiraukan bila maklumat itu dikumpulkan. Walaubagaimanapun, pengkaji perlu mengetahui apakah perkara yang perlu diketahuinya. Pengkaji perlu mencari jawapan kepada persoalan ini terlebih dahulu sebelum mengambil kira cara yang terbaik untuk mengumpulkan maklumat.

Instrumen Kajian

Bahan Untuk Mengumpulkan Data

Pemilihan metod untuk mengumpulkan data mestilah menggunakan bahan yang betul untuk melakukan kerja. Perlaksanaan projek kajian tindakan mungkin akan menggunakan beberapa metod yang berbeza seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian atau fokus kepada kumpulan. Pelbagai alat juga perlu digunakan untuk proses pengumpulan maklumat seperti penggunaan video atau DVD untuk merekod dan merakam, rakaman audio dan teknik menulis dan mengambil nota ketika menerima sesuatu maklumat. Apapun dokumentasi yang diperolehi mungkin akan memberikan maklumat penting untuk kerja atau meningkatkan nilai isi dari data.


Teknik Pengumpulan Data

  • Pemerhatian

Melakukan pemerhatian bukanlah satu yang mudah. Pemerhatian adalah kombinasi yang kompleks dari deria (pandangan, pendengaran, sentuhan, bau dan juga rasa). Pemerhatian merupakan satu tindakan yang lebih fleksibel dan rumit daripada hanya melihat. Ia dilakukan secara sistematik, peninjauan, merekod tindakan dan lebih penting adalah menganalisis dan menafsir apa yang telah dilihat. Ini adalah elemen terakhir yang boleh menyebabkan kesukaran berlaku apabila tafsiran dan situasi mempengaruhi seseorang untuk mentafsir dan menganalisis. Di mana akan wujud dan timbulanya pandangan sendiri dan ketidaksamarataan ketika mengumpulkan data. Membuat penafsiran mengikut pendapat sendiri, pandangan dan pengalaman lepas adalah tidak patut berlaku.

  • Diari, Artikel dan Nota Ringkas

Penyelidikan juga boleh dibuat pada buku catatan harian yang mana ia juga dipanggil sebagai artikel atau nota ringkas sebagai rekod pemerhatian, perkara utama dalam proses penyelidikan, peristiwa penting atau pendapat mengenai projek. Nota harian mungkin berasal dari beberapa tahap:

a) Data yang belum diproses dari pemerhatian manusia, persekitaran, perbualan, dengan tarikh, masa dan sebagainya.

b) Refleksi atau pengulangan- Menyemak semula perkembangan nota asal selepas peristiwa yang mana boleh melakukan pernambahan dengan pelbagai maklumat bermakna yang datang dari minda.

c) Tema dan pengertian – perjalanan rakaman dari analisis dan tafsiran

d) Maklumat Pengalaman – Rekod tentang bagaimana perasaan ketika proses penyelidikan atau peristiwa penting yang berlaku.

Pertambahan nota harian, artikel atau nota ringkas akan menambaikkan projek setelah penambahan maklumat-maklumat penting sebagai pelangkap.

  • Sumber Dokumentari

Bell. 1999 menyatakan kebanyakan projek pendidikan memerlukan analisis dari kenyataan atau bukti dokumen. Contohnya seperti rekod pelajar, latihan dari buku kanak-kanak atau dokumen sekolah seperti minit mesyuarat, polisi, kedatangan, pendaftaran dan sebagainya.

  • Borang Soal Selidik

Borang soal selidik mengandungi set soalan yang mana seseorang yang ditanya perlu menjawab apa yang diminta oelh soalan secara jujur. Ini adalah satu bahan untuk pengumpulan data yang popular dan juga kelemahannya adalah seringkali berlaku kesilapan pemikiran (cara berfikir), pemahaman dan penerimaan. Walaubagaimanapun ia jarang berlaku.

Borang soal selidik hanya menggunakan soala.-soalan yang terbaik sahaja. Borang soal selidik yang dibina boleh mereflek kembali projek, tanpa ,menghiraukan objektif yang dilakukan. Apabila individu menulis soalan, ia perlu ingat bahawa orang lain mungkin akan mentafsir atau memahami soalan dalam bentuk yang berbeza-beza, maka ia perlu membina soalan dengan ayat yang jelas dan beebrapa item penting perlu dititikberatkan ketika membina soalan soal selidik seperti:

a) Soalan yang jelas

b) Soalan yang ringkas

c) Mengelakkan soalan-soalan yang sukar difahami

d) Menggunkan perkataan yang boleh menerangkan maksud soalan

e) Menggunakan bahasa yang tepat

f) Menggunakan bahasa yang digunakan dengan pemahaman yang sama kepada semua responden

g) Beberapa soalan yang berkaitan dengan imbasan memori


Temubual

Temubual adalah lebih fleksibel daripada kaedah borang soal selidik. Ia memberikan peluang kepada pengkaji untuk mengikuti idea dan masalah responden, berpotensi memberikan maklumat yang lebih terperinci dari mana-mana cara pengumpulan data. Dengan membuat pemerhatian, kaedah temubual mungkin lebih tersusun atau separuh tersusun. Penyilidik perlu mempunyai set soalan yang ingin ditanya atau kamu mungkin perlu ada senarai ketangkasan jika ingin pergi lebih jauh. Memilih pendekatan yang diinginkan, perlu diingatkan bahan itu mestilah ‘sesuai dengan kehendak’. Apabila melakukan temubual, apa yang perlu diingatkan beberapa perkara asas:

· Memastikan kamu tenang, bilik yang sesuai untuk melakukan temubual.

· Mencuba peralatan rakaman terlebih dahulu dan mempunyai bateri tambahan

· Menerangkan apa yang ingin ditemubual dan cuba untuk memastikan temubual berjalan dengan tenang.

· Mengetahui apa yang ingin ditanya- bagaimana untuk menyusun soalan?

· Mengelak berlaku bias, dan tidak menyoal persoalan yang besar


Metodologi Kajian

Banyak faktor yang mungkin mempengaruhi pemilihan metod pengumpulan data. Aspek utama untuk menilai kesesuaian kehendak. Metod perlu dilakukan dengan mengambil maklumat yang diperolehi dan yang diterima. Kemungkinan juga ia terlalu praktikal untuk membuat pilihan metod yang mana sesuai untuk digunakan. Ia akan meliputi masa, kos dan masalah yang dihadapi. Data dan maklumat yang dikumpulkan perlulah dinilai sama ada boleh dipercayai ataupun sebaliknya.


KEBOLEHPERCAYAAN


Kebolehpercayaan adalah hak untuk memilih tatacara untuk mengeluarkan keputusan dalam keadaan yang teguh pada semua kejadian (Bell, 1999) Dalam kata lain, mengumpulkan metod data yang ingin digunakan mestilah ada kebolehpercayaan yang mana keputusan yang diberikan mestilah sama dan tidak berubah dengan kata lain maklumat yang diberikan adalah berbentuk kekal. Oleh itu, perkara penting adalah menghapuskan segala ketidakpastian, atau menjadikan ‘apa yang perlu saya tahu’ sebagai cara untuk menilai kebolehpercayaan dari bahan mengumpulkan data dan keseluruhan kebolehpercayaan akan mempengaruhi sesuatu penyelidikan itu.


PENGESAHAN

Pengesahan adalah sesuatu yang sedikit lebih kompleks daripada kebolehpercayaan samada bahan pengumpulan data itu sebenarnya tindakan atau satu pengumpulan maklumat. Kesahan adalah pemerhatian yang telah direkodkan dan dianalisis, membandingkan dengan apa yang sepatutnya direkod dan dianalisis. Kesahan menilai sesuatu data atau maklumat yang diperolehi itu wujud kesilapan atau kesalahan. Secara kesimpulannya kebolehpercayaan dan kesahan adalah dua perkara penting bagi mengenalpasti data yang dikumpulkan itu benar ataupun tidak.


ANALISSI DATA


Untuk melakukan projek penyelidikan pendidikan, pengkaji perlu mengumpulkan data dari pelbagai sumber dengan menggunakan berbagai cara. Pengkaji perlu mengetahui bagaimana cara yang terbaik baginya untuk menggunakan data yang telah dikumpulkan. Apa yang penting dalam sesuatu kajian itu adalah penggunaan bahan yang akan digunakan perlulah mendapatkan kecenderungan kejadian, jenis dan tema (Macintyre, 2000).

Freeman, 1998 menggambarkan proses kajian tindakan adalah satu penyelididkan yang mana penyelidik perlu bersedia untuk mengubah kajian, yang mana ianya sebagai peningkatan diri bagi memastikan tahap keberkesanannya, pendedahan, penelitian, dan penyoalan bagi mengelakkan dari berlakunya kesilapan. Freeman telah mencadangkan empat perkara penting yang diperlukan untuk menganalisis kajian:

a) Menamakan

b) Mengumpulkan

c) Menghubungkaitkan

d) Mempamerkan


Mempemerkan data

Buku ini menerangkan pelbagai cara yang boleh dilakukan dan digunakan untuk tujuan mempamerkan data. Pengkaji perlu memperlihatkan gambaran kepada pembaca untuk mencari satu bentuk bacaan yang lebih berkesan. Ini adalah idea yang baik yang mana boleh memilih kaedah soal selidik yang sesuai senbelum kamu menggunakannya. Meminta orang lain membaca apa yang telah dipaparkan dan menjelaskan apa yang mereka dapat fahami daripada paparan gambaran tersebut.

Beberapa isi-isi penting yang perlu ada dalam menganalisis data adalah:

a. Mendapatkan data yang sahih dan boleh dipercayai

b. Mengiktiraf dan tidak dapat dielakkan dari cenderung dalam mentafsir dan membentangkan data

c. Menganalissi data secara kritis – Memilih kaedah untuk berkomunikasi merupakan perkara yang sangat penting.

d. Cuba merahsiakan pandangan yang diperolehi daripada orang lain, dan pengkaji boleh mengambil dan menggunakan mana-mana pandangan yang boleh dikaitkan dengan maklumat.


ETIKA KAJIAN TINDAKAN


Etika kajian adalah garis panduan bagi memilih alat pengumpulan data untuk digunakan didalam kelas. Etika adalah garis panduan yang mesti diikuti. Perkara penting yang perlu diingat, sebagai pengkaji perlulah membuat kajian yang tepat agar tidak terpesong dari tetapan pendidikan yang telah ditetapkan. Pengkaji sememangnya memerlukan garis panduan yang lengkap sebagai rujukan garis panduan kepada mereka untuk melakukan projek kajian. Penyelidik perlu untuk menerangkan tujuan untuk melakukan kajian dan untuk mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dan turut serta dalam projek yang dijalankan. Ini dikenali sebgai maklumat persetujuan. Jika kajian seseorang itu perlu untuk penglibatan kanak-kanak, maka perlulah mendapatkan keizinan daripada ibubapa mereka terlebih dahulu. Oleh kerana itu, penyelidik perlulah mencari tempat kerja yang sesuai untuk berunding mengenai penggunaan peralatan seperti video atau penggambaran disekolah. Diantara perkara-perkara penting dalam etika kajian tindakan adalah:

  • Memberitahu tujuan untuk melakukan penyelidikan
  • Meminta persetujuan dan setiap orang terlibat
  • Meminta keizinan dari peserta yang terlibat secara langsung ataupun tidak

PENILAIAN KESELURUHAN BUKU


Buku ini menerangkan mengenai perkara-perkara penting untuk melakukan kajian tindakan. Buku ini turut memberikan contoh-contoh yang telah dilakukan untuk dijadikan sebagai panduan dalam melakukan kajian tindakan. Buku ‘Doing Action Research A Guide for School Support Staff’ ini turut menyatakan cara bagaimana untuk menulis report dari data yang diperolehi dan buku ini turut menyatakan kelebihan dari melakukan kajian tindakan. Buku ini juga menerangkan bagaimana melakukan Literature Review secara berkesan. Bagi mereka yang ingin memgetahui bagaimana untuk melakukan leterature review mereka boleh juga menjadikan buku ini sebagai rujukan dan panduan.

Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin melakukan kajian tindakan, namun ianya mungkin sebagai asas rujukan sahaja dan memerlukan sokongan dari buku-buku kajian tindakan yang lain. Kelemahan yang terdapat didalam buku ini adalah ia tidak ada penerangan secara terperinci mengenai reka bentuk kajian secara khusus, menceritakannya secara umum dan memerlukan kefahaman diri sendiri.


Rujukan


Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser. 2006. Doing Action Research A Guide for School

Support Staff . London: Paul Chapman Publishing.



Rujukan

Bell, J. 1999. Doing Your Research Project: A Guide FOR First-Time Researchers in Education

and Social Science. Buckingham: Open University Press.

Brockbank, A. and McGill, I. 1998. Facilitating Reflektive Learning in Higher Education.

Buckingham: SEHE and Open University Press.

Cohan, L., Manion, L. and Morrison, K. 2000. Research Methods in Education. London:

RoutlegeFalmer.

Claire Taylor, Min Wilkie and Judith Baser. 2006. Doing Action Research A Guide for School

Support Staff . London: Paul Chapman Publishing.

Freeman, D. 1998. Doing Teacher Research. London: Heinle & Heinle.

Gray, D. 2004. Doing Research in the Real World. London: Sage

Macintyre, c. 2000. The Art of Action Research in the Classroom. London: Fulton.

McNiff, J. and Whitehead, J. 2005. Action Research for Teacher: Apractical Guide. London:

David Fulton.

Schon, D.A. 1983. The Reflective Practitioner. London: Temple Smith.

Schon, D.A. 1987. Educating the Reflective Practitioner. London: Temple Smith.



0 comments: