CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, June 8, 2009

PENGUMPULAN DATA Kuliah Pn. Sakinah 29/5/2009

Terdapat pelbagai teknik untuk pengumpulan data. Walau menggunakan teknik yang baik, tapi ianya tidak menjanjikan kualiti dapatan kajian. Penyelidikan juga tidak akan menjadi jika tidak dilakukan dengan sempurna. Maka, kita perlulah berusaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan yang dilakukan

Terdapat 3 sebab perlu mencapai kualiti yang tinggi:

* tanggungjawab kepada pelajar
* keperluan kepada kecekapan diri dan orang lain
* keperluan membuat tindakan dan berubah kepada perkara manfaat (menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan

Kriteria Kualiti:
Terdapat 2 rukun iaitu kesahan dan kebolehpercayaan dan kedua-duanya adalah kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan

Kesahan

* merujuk kepada kebenaran data
* dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena kursus yang dikaji

Kebolehpercayaan

* berkaitan dengan ketepatan data
* masalah kebolehpercayaan dalam pendidikan selalu berlaku apabila data diambil dari sampel yang terlalu kecil
* untuk penambahbaikan, kita perlu tanya:
* -adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat realiti?
* -bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

Terdapat 5 tahap penyelidikan tindakan:

Tahap 1: Kenalpasti Masalah
Tahap 2: Perancangan Tindakan
Tahap 3: Mengumpul Data
Tahap 4: Analisis Data
Tahap 5: Perancangan untuk Tindakan Seterusnya

Mengumpul data

* Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian
* Bagaimana hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif

Alat pengumpulan data

1. Pemerhatian (video tape)
2. Nota guru dan komen
3. Kerja pelajar
4. Refleksi pelajar dan kerja pelajar
5. Jurnal pelajar
6. Ujian
7. Tindakan soal selidik
8. Temubual (audiotape)

Tugasan:
Kemaskini kertas cadangan yang telah dibuat terutama bahagian pengumpulan data

0 comments: