CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

Aktiviti 1 (Individu) 27 April 2009


Aktiviti 1 (Individu)

Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru, refkelsi ke atas masalah dalam diri.

Refleksi

Aktiviti LDK mengenai "Tengkolok saya" saya salah seorang yang meemakai tengkolok yang bertulis "ketawakan saya" masa menjadi insan trepilih tu memang saya rasa kecut perut kerana takut untuk berhadapan dengan orang yang mana saya menghadapi masalah komunikasi dengan orang dalam keadaan yang ramai. Kemudian apabila diberikan tajuk yang meminta saya bercakap dan mengeluarkan idea secara spontan membuatkan saya tidak dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Seolah-olah saya rasa semua idea saya lari meninggalkan saya. Fikiran saya kosong yang tinggal hanya point-point utama yang saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya nak saya kembangkannya. Sehingga kini masalah seperti ini tak dapat saya perbaiki.. Mungkin dengan teknik kajian tindakan ini saya dapat merancang bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Insya-Allah... are-ein.

Masalah

Kurang keyakinan untuk berkomunikasi dan mengemukakan idea secara spontan dan bernas

Penambahbaikkan

  • Perlu banyakkan pembacaan
  • Meningkatkan daya imaginasi
  • Menguatkan daya ingatan
  • Memupuk sifat berani di dalam diri sendiri
  • Mampu mengeluarkan idea yang bernas

Matlamat


  • Membentuk diri agar lebih berkeyakinan
  • Mampu mengemukakan idea secara spontan tanpa ragu-ragu
  • Mampu memberi pandangan sendiri

Objektif

  • Memproses maklumat yang sedia ada dengan cepat agar dapat memberikan jawapan yang tepat pada soalan yang diajukan pada diri
  • Dapat menghuraikan sesuatu maklumat yang diperolehi dengan mengembangkan idea-idea yang diperolehi


Pelan Tindakan
Langkah-langkah

  • Membudayakan sifat suka membaca (memperbanyakkan pembacaan ilmu pengetahuan)
  • Memberanikan diri untuk menampilkan diri dan suka bersifat relahati

Mengumpul data melalui

  • Jawapan yang diberikan ketika diminta memberikan pendapat
  • Berkomunikasi dan melakukan perbincangan dengan rakan-rakan dan minta rakan memberikan pandangan mengenai pandangan yang diberikan samaada bernas ataupun tidak
  • Ketika menjawab soalan spontan yang diberikan oleh Pensyarah di dalam kelas
  • Cara membentangkan kertas kerja kepada orang lain, melihat cara komunikasi dan cara menghuraikan sesuatu maklumat yang disampaikan
  • Meminta orang lain menilai setiap pendapat dan idea yang diberikan

Memantau

  • Melihat sejauhmana keberkesanannya dalam linkungan pusingan kehidupan seharian saya.
  • Melihat sejauhmana bernasnya jawapan yang saya berikan kepada kawan-kawan ketika membuat perbincangan
  • Melihat samaada diri saya boleh menjawab soalan yang diberikan oleh Pensyarah dengan baik dan penuh keyakinan ataupun tidak.

Menilai


  • Menerangkan pada orang lain, apa yang saya faham dalam sesuatu pembacaan saya samaada penerangan saya itu boleh difahami oleh orang lain ataupun tidak
  • Jika orang lain boleh faham apa yang saya terangkan maksudnya saya telah berjaya.
  • Mengemukakan idea ketika diminta dan bersikap terbuka serta relahati tanpa paksaan
  • Ketika membentangkan kertas kerja saya tidak lagi gementar dan boleh menjawab soalan-soaaln yang diajukan dengan jawapan yang relevan

0 comments: