KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKANPengertian Kajian Tindakan Dalam Pendidikan
Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baharu. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.
(Hanipah Hussin : 2001)
- Konsep Kajian Tindakan
- Kajian Tindakan adalah proses dimana melakukan penyelidikan untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah, mengatasi masalah dan memperbaikinya berdasarkan data dan meklumat yang dikumpul dan diperolehi.-Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses cara bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan mengumpulkan serta menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pengetahuannya keatas perkara yang diselidikinya.-Proses Kajian dijalankan secara umumnya adalah:
- Kenalpasti masalah
- Membuat kajian kepustakaan
- Menentukan pendekatan kajian
- melaporkan kajian
- membincangkan dapatan dan implikasi kajian
- mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembang pengetahuan yangsedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah yang timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan yang berlaku.
Contohnya;
Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanannya dalam mengajar, ketika mengajar juga guru boleh melakukan kajian dengan melihat respon pelajar pada satu-satu teknik pengajaran yang digunakannya dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar untuk menarik minat dan fokus mereka. Maka, guru boleh memilih teknik-teknik yang pelajar minat untuk belajar dalam proses pengajaran (P&P).
2. Jenis-jenis kajian tindakan
4 Jenis Kajian Tindakan
- Kajian tindakan oleh guru secara individu
- Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu yang berlaku di
dalam bilik darjah.
contoh;
mendapatkan penyelesaian bagaimana cara untuk mengatasi masalah pelajar yang
kurang memberikan fokus didalam bilik darjah dan mengatur strategi pengajaran yang
berkesan.
- Kajian Tindakan Kolaboratif
- Melibatkan lebih daripada dua orang
> guru - guru dalam bidang yang sama
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam membuat kajian mengenai cara pengajaran yang berkesan
untuk mengajar murid-murid membaca al-Qur'an dengan baik.
Kaedah kajian
- menggunakan pelbagai teknik seperti bacaan secara individu, bacaan secara berkumpulan,
dan bertadarrus.
> guru - guru dalam pelbagai subjek
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab membuat kajian untuk mengenalpasti
kelemahan pelajar untuk membaca tulisan jawi.
Kaedah kajian
- Membezakan tahap pencapaiaan pelajar membaca tulisan jawi yang berbaris dengan tidak
berbaris
> guru - guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
contohnya;
Membuat peneylidikan mengenai bagaimana untuk mengadakan terapi yang sesuai bagi murid-murid Pendidikan khas.
Kaedah kajian
-Menggunakan beberapa kaedah terapi yang sesuai untuk digunakan kepada murid-murid Pendidikan Khas.
- Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi)
- Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah
contoh: Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum
- Kajian Tindakan Peringkat Daerah
- Fokus kepada situasi yang sama di kalangan beberapa sekolah diperingkat daerah
Contoh: Masalah salahlaku pelajar disekolah seperti ponteng sekolah. menegnalpasti punca pelajar suka ponteng sekolah, diantara faktor pihak sekolah ataupun ahli keluarga.